Pesawatpesawat yang lain termasuk Boeing F/A-18E/F Super Hornet, Rafale dan Eurofighter Typhoon.
"Kita telah disenarai pendek oleh kerajaan Malaysia walaupun program penggantian MiG-29N Fulcrum itu ditunda. SAAB kini aktif mengikuti sebarang perkembangan berhubung program itu.
"Kita optimis Gripen akan menjadi pilihan bagi TUDM atas kapasiti pesawat itu sebagai sebuah aset yang berprestasi tinggi dan pada masa sama kos efektif dalam memenuhi tuntutan pertahanan Malaysia," katanya kepada pemberita di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.
Setakat ini jelas Thomas, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggunakan pelbagai produk keluaran SAAB termasuk Senjata Anti Kereta Kebal Carl-Gustaf, Sistem Pengurusan Tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 9LV dan Radar Pertahanan Udara Giraffe 40.
Yang turut menjadi kegunaan pasukan pertahanan negara, kata beliau, adalah Radar Pemantau 150 Sea Giraffe milik Kapal Diraja (KD) Lekiu, Radar Pengesan Senjata Artileri Arthur, EW milik Sukhoi 30 MKM dan Sistem Pengesan Automatik (AIS) untuk pengesanan pesisiran maritim.

No comments:
Post a Comment